Ahad, 27 Julai 2008

Kem Bestari Solat Siri 3

26 Julai Sk Datuk Awang Udin, Alhamdulillah program Kem Bestari Solat dapat dilaksanakan dengan jayanya. KBS Siri Kali ketiga ini melibatkan semua pelajar j-QAF dari tahun 1 hingga tahun 4 , jumlah murid yang mengikuti program KBS kali ini hampir 200 orang . Pengisian program pada kali ini lebih kepada hafazan doa iftitah tahun 1 dan 2 , tahun 3 , 4 doa qanut. 80 % peratus dapat menguasai dengan baik. Ahli jawatankuasa Program mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi sokongan dalam menjayakan program KBS kali ini. Alhamdulillah , insyallah program KBS Siri 4 akan diadakan selepas cuti pertengahan semester bulan 8 ini. Mudahan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

Tiada ulasan: