Kem Bestari Solat

Jumaat, 2 Januari 2009

Ahad, 26 Oktober 2008

Kem Bestari Solat 4













Rabu, 15 Oktober 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BAHGIAN MUKAH 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

PERINGKAT BAHGIAN MUKAH 2008


Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :

1. Alif laam miin.

2. Kita (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa

Muqaddimah

Al-Quran sebagai kitab dan panduan yang diturunkan oleh Allah adalah merupakan keutamaan yang perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan manusia. Mengingati sejarah dan pesanan junjngan besar Nabi s.a.w dalam Khutbah Haji Wada’ mengimbau betapa besarnya kedudukan al-Quran untuk dijadikan panduan dan pedoman sepanjang masa.

Bertitik tolak untuk merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut Unit Agama dan Moran Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah merancang untuk mengadakan Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah, bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah menamatkan bacaan al-Quran pada tahun ini. Ianya juga bertujuan untuk memotivasikan para pelajar supaya terus menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup di samping dapat memberikan galakan kepada pelajar-pelajar yang lain supaya dapat bersama-sama berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran. Semoga majlis yang dicadangkan dapat memberikan impak positif yang diharapkan.

OBJEKTIF :

Ø Menjadikan al-Quran sebagai panduan kehidupan

Ø Memotivasikan murid supaya sentiasa berdamping dan menghayati al-Quran

Ø Memberikan galakan kepada pelajar lain berusaha ke arah mengkhatamkan al-Quran.

ANJURAN :


Unit Pendidikan Islam dan Moral Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah

TEMPAT :


Masjid Bahagian , Masjid Setia Raja Mukah

MASA :

8 November 2008 ( Sbtu ) – 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari

SASARAN :



300 Orang Murid-Murid j-QAF Bahagian Mukah

PENGISIAN


Ø Majlis Khatam al-Quran

Ø Ucapan Perasmian

Ø Penyerahan sijil


TENTATIF PROGRAM

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2008

8 NOVEMBER 2008

8.00 pagi : Pendaftaran Peserta

- Murid Mendaftar

8.30 pagi : Kehadiran tetamu jemputan

8.45 Pagi : Tetamu Kehormat mengambil tempat

9.00 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis

Bacaan Doa

9.30 pagi : Majlis Khatam al-Quran dimulakan

10.30 pagi : Majlis Perasmian

- Ucapan PPG Mukah

- Ucapan Perasmian oleh :

En. Abd Wahab Bin Sapawi

11.00 pagi : Penyerahan sijil, hadiah

11.30 pagi : Jamuan makan

: Bersurai



PENUTUP

Diharapkan majlis yang dicadangkan akan dapat memberikan kejayaan dan impak yang positif ke arah melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dan menghayatinga dalam kehidupan.



Sila Hubungi :

Ustaz Ahmad Azra Sa'adi

0198379917

Ustaz Ibrahim Fikri Bin Abdullah

0193583036