Khamis, 31 Julai 2008

Selasa, 29 Julai 2008

PERTANDINGAN BUKU SKAP

PERTANDINGAN BUKU SKAP

Hadiah Pertama RM 1000

Hadiah 2X Kedua RM 300

Hadiah 3X Ketiga RM 200

Hadiah 50X Saguhati RM 50

Sekolah Dengan Banyak Penyertaan Paling Banyak RM 1000

Syarat dan Peraturan

1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah Tahun 1 Hingga 6.

2. Buku Skrap Hendaklah bertulisan Jawi

3. Konsep Gunting dan Tampal

4. Kertas Bersaiz A4, boleh dilipat atau digunting mengikut kreativiti sendiri.

5. Jumlah halaman antara 12 hingga 30 muka surat termasuk kulit luar.

6. Isi kandungan terdiri daripada keratin akhbar Utusan Melayu mingguan dan bahan-bahan daripada sumber lain seperti buku , majalah , internet dan sebaginya serta ulasan yang ditulis tangan.

7. 2 Muka surat biodata seperti Foto diri, keluarga , hobi dan lain-lain informasi menarik.

8. Pemenang dipilih berdasarkan kandungan , ejaan , kebersihan , kekemasan dan kreativiti.

9. Keputusan hakim adalah muktamad

10. Tarikh tutup 1 September 2008

Hantar penyertaan kepada :

PERTANDINGAN BUKU SKRAP JAWI

UNIT PENGURUSAN JENAMA

UTUSAN MELAYU ( MALAYSIA ) BERHAD , LOT 6 , JALAN P/10

KAWASAN PERUSAHAAN BANGI, SEKSYEN 10,

43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.

Sebarang Maklumat Lanjut Hubungi :

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin

( Penghataran Buku Skrap Melalui Sekolah )

Kem Bestari Solat Siri 3

Ahad, 27 Julai 2008

Kem Bestari Solat Siri 3

26 Julai Sk Datuk Awang Udin, Alhamdulillah program Kem Bestari Solat dapat dilaksanakan dengan jayanya. KBS Siri Kali ketiga ini melibatkan semua pelajar j-QAF dari tahun 1 hingga tahun 4 , jumlah murid yang mengikuti program KBS kali ini hampir 200 orang . Pengisian program pada kali ini lebih kepada hafazan doa iftitah tahun 1 dan 2 , tahun 3 , 4 doa qanut. 80 % peratus dapat menguasai dengan baik. Ahli jawatankuasa Program mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi sokongan dalam menjayakan program KBS kali ini. Alhamdulillah , insyallah program KBS Siri 4 akan diadakan selepas cuti pertengahan semester bulan 8 ini. Mudahan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

myblog

Isnin, 21 Julai 2008

eLaporan j-QAF

eLaporan boleh hantar terus ke email : wafiabdullah@gmail.com
Attach fail PPDJUN , selain fail PPDJUN sistem tidak terima harap maklum.
Kerjasama Tuan Puan moga diberkati usaha dan kerja di sisi Allah s.w.t. Sekira ada masalah bolehlah berhubung dengan En. Halim Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah atau call terus 0193583036.

Ahad, 6 Julai 2008

Dekorasi Bilik j-QAF



Jumaat, 4 Julai 2008

KURSUS PEMANTAPAN PERLAKSANAAN PROGRAM j-QAF



KURSUS PEMANTAPAN PERLAKSANAAN PROGRAM j-QAF UNTUK
JURULATIH UTAMA PERINGKAT KEBANGSAAN

TEMPAT : HOTEL GOLDCOURSE

TARIKH : 24- 27 JUN 2008

Kelang : Kursus perlaksanan program j-QAF berlangsung selama 4 hari 3 malam untuk semua jurulatih utama peringkat kebangsaan sebagai satu langkah memantapkan kefahaman JLU untuk diperkembangkan kepada semua guru-guru di negeri masing-masing.

Menurut Us Nahwiddin ,Penyelaras Kursus , Kursus ini amat penting kerana segala intipati yang dipersembahkan perlu di sambung pemahaaman kepada semua guru-guru agar penyatuan idea dan fikrah .
Seramai 132 orang JLU dari semua negeri seluruh negara , termasuk Penolong Pengarah BPI dan Negeri .

Dijangka kursus pemantapan untuk guru-guru 2007 akan diadakan disetiap negeri dalam masa terdekat.

Pembelajaran Jawi



Bengkel Pembelajaran Jawi.